Pages

Sunday, December 27, 2015

REVIEW on FIZOMAWAR KITCHEN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu lepas (28/12/2015), selepas selesai hantar telekung kepada salah seorang agent borong kami, kami dinner di FIZOMAWAR Kitchen. Bila sampai di situ rasa macam nak patah balik sebab nampak orang beratur. Tapi Alhamdulillah, kami sampai je di depan Restorannya, orang yang beratur tadi semua dah dapat meja, dan kebetulan pula ada satu lagi family yang dah habis makan, jadi kami pun dapatlah masuk ;)

Bila tengok menu tu rasa macam quite disappointed sebab banyak menu yang tiada lagi. Nak order air panas pun ada dua choice je iaitu air teh tarik dengan teh tarik hijau ;P. Tapi dah alang2 dah sampai kan, jadi kami pun order je la menu yang ada. Saya order roti stereng dengan air teh tarik, husband order nasi kukus dengan air koko coklat. Makanan Alhamdulillah, sedap ;)

Apa yang uniknya FIZO MAWAR Kitchen ni?

1. Kebanyakan menu dalam bahasa Thailand. Memang tak faham la kan. So kena tanya waiter tu maksud nama-nama makanan tu. Hehe
2. Kat sana, air sejuk yang diorder tidak pakai gelas. Terus bungkus dalam plastik. Bungkusannya pun besar. So kalau tak habis, boleh terus bawa balik
3. Ada Fizo Omar. eh. Hehe

Siapa tak try lagi boleh la try. Ada tanya kat waiter tu menu yang lain bila akan ada. Dia kata most probably bulan Januari 2016. So kalau dtg dalam masa terdekat ni menunya tak lengkap lagi.

............................

Selain Telekung, kami ada jual sejdah juga. Yang di bawah ni contoh. Buat masa ni kami tiada ready stock. Kalau mahu, boleh order. Dah ada ready stock nanti kami announce ye ;)



FB: https://www.facebook.com/telekungempire/?ref=hl
Contact: 010-403 1219 / 019-570 4541

LOVE,
Syuhaidah R.

No comments:

Post a Comment