Pages

Wednesday, April 6, 2016

DUNIA INI HANYA SEMENTARA

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit sharing untuk hari ini Facebook Smiley Face

 Hari tu saya dan kawan2 ada kupas satu buku ini. Tidak ingat tajuk bukunya apa. Tetapi berkenaan dunia. Dunia ini kita boleh gambarkan macam ni:

Rightwards arrow Fatamorgana

Kita tahu kan, salah satu contoh yang selalu diberi untuk fatamorgana ni seperi kita nampak ada air di padang pasir tetapi sebenarnya tiada.

Haa.. macam itu la juga dunia. Diibaratkan seperti kita nampak air, tapi bila kita pergi dan kejar ke arah tu, tiada pun air. Selepas itu, kita nampak kat depan tu ada lagi air. Kita kejar lagi, tetapi air masih tiada. Begitulah seterusnya. Kejar dan terus kejar, tapi tiada apa-apa. Akhirnya mati kehausan. *sobs. Sangat tragedi. Facebook Sad EmoticonFacebook Sad EmoticonFacebook Sad Emoticon

Begitula dunia ini. Lagi kita kejar dunia semata-mata, lagi jauhla kita dengan tujuan kehidupan dunia, lagi jauhla kita untuk mendapat syurga Facebook Cry Emoticon

Rightwards arrow Dunia ini hanya sementara

Dah nama nya pun sementara kan, jadinya semua benda tu tak kekal. Ibarat kita bermusafir. Akan ada masanya kita kembali ke teampat asal.

Rightwards arrow Dunia adalah pentas lakonan

Kalau dalam drama ke filem ke, kita boleh jadi watak apa2 pun kan. Tapi luar daripada bidang lakonan tu, barulah kita menjadi diri yang sebenar.

Sama juga dengan diri kita atas dunia ni. Semua orang ada memegang wataknya. Dan di akhirat nanti baru kita tahu siapa diri kita dan orang sekeliling kita yang sebenarnya. Kita ingatkan kat dunia ni kita la yang paling alim. Rupa - rupanya di akhirat kita lah yang tiada amal. Kita ingatkan kawan kita tu memang dh tak cium bau syurga dah. Tapi alih - alih dia yang masuk syurga dulu.

Jadi, penting sgt kita beramal kerana Allah Taala. Takut sgt nanti bila dihitung, rupa-rupanya tiada satu amalan kita pun yang kita lakukan kerana Allah. Makanya tiada satu amalan pun diterima Facebook Sad Emoticon

Rightwards arrow Dunia ini bagaikan mimpi

Adat mimpi, pastinya akan tersedar. Begitu juga dengan kehidupan dunia. Semua ini bagaikan mimpi. Satu hari nanti kita akan tersedar bahawa kehidupan dunia telah berakhir dan tidak kekal.
Akan tiba masanya kita akan mati dan dihisab. Time tu hanya amal soleh kita sahaja yang menjadi bekalan kita



Hidup di dunia ini bukan selama-lamanya, Tapi kita perlu menuai kebaikan dan amal soleh di dunia ini agar menjadi sebab untuk kita ke syurga kelak.

Jadilah orang Islam yang memberi manfaat kepada dirinya, keluarganya, shabat handainya, dan paling penting kepada ummah Triple Heart EmoticonTriple Heart Emoticon

Marilah kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan Facebook Angel Smiley Emoticon