Pages

Monday, August 8, 2016

BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPAMU..



Assalamualaikum w.b.t
 
ZAMAN sekarang, semua barang mahal. Minyak mahal, kereta pun mahal, sewa rumah mahal, makanan pun mahal. Kos sara hidup zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu. Meskipun terhimpit dengan bebanan hidup masih ramai yang lupa, alpa bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH.
 
Sesukar mana pun kehidupan, DIA berkuasa mengubah segalanya hanya dalam sekelip mata.
Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah BERBUAT BAIK DAN MENDOAKAN KEPADA IBUBAPA.

Bertuahlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa dan masih tidak terlambat untuk kita berbakti kepada mereka. Disini, dikongsikan tips berbakti kepada ibu bapa kita yang kita boleh amalkan dan semoga REZEKI ALLAH yang MAHA LUAS berada dalam genggaman kita dengan asbab berbakti kepada ibu bapa kita.


#1 – Memberi Kasih Sayang

Sebagaimana ibu bapa kita pernah melimpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh, begitulah cara ekspresi kasih kita kepada mereka. Kita boleh merajinkan diri untuk berbual-berbual dan menghiburkan hati ibu bapa.


#2 – Memberi Perhatian

Contoh yang dapat kita lakukan dalam memberi perhatian terhadap ibu bapa adalah sentiasa meluangkan masa untuk bersama mereka dengan aktiviti bekeluarga. Sekecil-kecil perkara yang dapat dilakukan sekiranya seorang anak berada jauh daripada ibu bapa adalah dengan menghubungi mereka untuk bertanya khabar.

#3 – Memenuhi Hajat

Memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas lain

  

#4 – Melakukan Yang Mereka Gemari

Selagi mana arahan daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan syariat Islam, seharusnya kita melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Jika kita melakukan yang sebaliknya, ini seperti menderhaka. Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya malah disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat

 

#5 – Bertutur Dengan Lemah Lembut

Tentu saja ibu bapa akan senang hati terhadap respon yang diberikan kepada setiap pertuturan lemah lembut anak-anak, lantas komunikasi yang harmoni dan berkesan dapat dihasilkan.



#6 – Mendoakan Kebaikan Untuk Ibu Bapa

Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk sentiasa mendoakan kebaikan ibu bapa kita. Malah amalan mendoakan mereka tidak habis untuk dunia sahaja, tetapi akhirat mereka juga

 

#7 – Menghulurkan Bantuan Kewangan

Sebagai anak yang punya kudrat yang lebih kuat berbanding ibu bapa, seeloknya hasil daripada usaha pendapatan kita dihulurkan kepada ibu bapa semampunya. Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mampu lagi membanting tulang bagi meraih pendapatan lagi atas faktor lanjut usia. Lagi pula seusia mereka seharusnya tidak lagi terbeban dengan kerja-kerja berat tetapi bersenang lenang dan menikmati ibadat.
Mungkin 20, 30 atau 40 peratus pendapatan kita dapat dikongsikan bersama mereka mengikut kemampuan. Hal ini kerana dengan izin Allah rezeki kita akan bertambah berkat bilamana ibu bapa mendoakan kembali kebaikan buat kita.


 


……………………………………………..

TELEKUNG JERSEY??

Tentunya kita agak skeptikal jika menggunakan kain jersey sebagai Telekung solat. Otak kita akan membayangkan kepanasan ketika memakainya dan ketidakselesaan yang kita akan dapat ketika menghadap Ilahi. 

Alhamdulillah para pelanggan yang telah memakainya menunjukkan reaksi yang amat positif . Tiada lagi kerisauan untuk memakai kain material Jersey. Ini antara testimoni pelanggan kami :

.
Testimoni #1

“ Suka sgt telekung ni, terletak je kat muka,kain xjarang..suka sgt material dia “


Testimoni#2
.
“ Balik kerja terus bg kat Mak dan dia terus try.Dia cakap kain tu sedap dan sejuk. Cantik pulak tu. Alhamdulillah lega bila mak suka telekung tu”



Testimoni #3

“ Barang dah sampai, excited sgat..suka kain dia..berbaloi beli..lembut dan xjarang.terima kasih”


Anda boleh melihat koleksi telekung daripada Telekung Empire di sini:

https://www.facebook.com/telekungempire/

Sebarang pertanyaan atau tujuan pembelian, boleh hubungi:

010-4031219 atau 019-5704541.

'TERBAIK DARIPADA KAMI BUAT ANDA YANG TERISTIMEWA