Pages

Monday, August 1, 2016

SIAPA YANG PALING KAYA?

Masih teringat cerita ini. Diceritakan oleh suami. Ada seorang kawannya pergi bermain golf bersama dengan rakan sekerja yang lain. Ketika bermain, tiba-tiba datang seorang kawan ke padang golf dengan membawa Ferari. Nampak sahaja kawan ni datang dengan Ferari mewah, semua mereka kagum. Terhenti topik perbualan yang mereka bincangkan sebelum ini. Semuanya kini tertumpu kepada si kawan yang baru datang dengan Ferari mewahnya.

Tidak lama kemudian, datang pula seorang kawan yang lain. Kali ini bukan lagi Ferari. Tapi helikopter. Dan cuba teka. Apa reaksi kawan-kawan yang lain? Ye, of course mereka sangat kagum. Lebih kagum daripada melihat Ferari. Topik berkenaan Ferari tadi juga sudah terhenti. Beralih kepada kedatangan kawan yang baru sampai ini dengan helikopternya.

Nampak tak apa persamaan dalam kedua-dua cerita ini? Kedua-duanya berkenaaan dengan kekayaan dunia. Betapa apabila kita mengejar kekayaan dunia itu, sentiasa ada orangg yang lebih baik atau lebih kaya daripada kita. Kita rasa sudah cukup kaya, tapi ada lagi yang kaya rupanya.

Begitu juga dalam kita mngejar kehidupan akhirat. Mari kita pulun sehabis-habisan di dunia ini dalam mencari tempat yang TERBAIK di akhirat nanti. Jangan ada RASA TERKILAN di hati melihat orang lain mendapat kehidupan yang LEBIH BAIK di sana. Dan tahu tak apa yang lebih menakutkan? Kehidupan di sana adalah SELAMA-LAMANYA. NO TURNING BACK. Lebih banyak kebaikan yang kita buat, Insyaallah lebih banyak ganjarannya di sana

Jadi, selagi ada nyawa, selagi Allah masih memberikan kita peluang bernafas, mari kita cuba sedaya upaya melakukan KEBAIKAN dan IBADAH. Solat itu ibadah. Puasa juga satu ibadah. Tapi jangan lupa bahawa senyum itu juga satu ibadah. Membantu kesusahan orang satu ibadah. Bekerja juga satu ibadah. Pendek kata, apa sahaja yang kita lakukan dan niatnya IKHLAS KERANA ALLAH, insyaallah ianya akan menjadi satu perkara atau pekerjaan yang TIDAK SIA-SIA.




Owh ya. Ada satu lagi golongan manusia yang kaya. Iaitu mereka yang mengamalkan hadith ini :)




 Jadi SIAPA YANG PALING KAYA? :)

.....................................................||

Budaya umat Islam di Malaysia kebiasaanya akan solat menggunakan telekung. Lagi-lagi kalau di rumah. Lebih mudah memakai telekung untuk solat. Lebih cepat. Dan kalau nak cepat dan mudah lagi, boleh memakai telekung yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung. Terus sarung je, dan solat. Bukan apa. Anak tudung ni kan kecik je. Kadang-kadang time nak solat tu mula la anak tudung pun hilang. Dah nak kena cari pula. Kalau ada telekung yang tak perlu pakai anak tudung kan senang. Bukan sahaja memudahkan proses nak solat, tapi tiada risiko kehilangan anak tudung :)

Jom dapatkan telekung yang melekap di muka dan tidak memerlukan pemakaian anak tudung dari Telekung Empire. Sebarang pertanyaan atau nak terus order telekung boleh contact kami di:

010-4031219 / 019-5704541

https://www.facebook.com/telekungempire/

'TERBAIK DARI KAMI BUAT ANDA YANG TERISTIMEWA'










No comments:

Post a Comment