Pages

Friday, March 30, 2018

Sunnatullah

Dalam hidup ini ada sunnatullah. Tahu tak apakah dia itu sunnatullah? Bahasa ringkasnya ialah aturan Allah. Semua dalam dunia ini Allah jadikan ada sunnatullah nya. 

Contoh:

1. Air mendidih pada suhu 100 darjah Celcius.


2. Manusia bernafas dengan oksigen, dan menghembuskan karbon dioksida.

3. Rasa garam itu masin, rasa gula itu manis.

4. Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat.


Itu hanyalah sebahagian kecil daripada contoh sunnatullah. Semua benda dalam dunia ini ada aturannya.

Kenapa hidup ini perlu ada sunnatullah? Supaya semuanya berlaku dalam keadaan yang sistematik dan tidak kelam kabut.

Cuba bayangkan sekiranya hidup ini tiada aturan? Tiada sunnatullah?

Hendak masak pun susah. Sekejap garam rasa manis, sekejap garam rasa masin. Nanti dah letak garam untuk masinkan kuah, tiba-tiba jadi manis pula. Sebab itu kena ada sunnatullah. Rasa garam itu masin. Supaya nak masak pun senang. Kalau kuah tawar, cukupkan perasa dengan garam.

Nak tunggu air mendidih pun tak tahu bila. Hari ni 100 darjah C air sudah mendidih, esok 0 darjah C baru air mendidih. Jadi macam mana tu? Bila air akan mendidih sebenarnya?

Sebab itu hidup ini perlu ada sunnatullah. Supaya semuanya berlaku dalam keadaan teratur dan tidak kelam kabut.

Begitulah juga sekiranya ingin berjaya. Sunnatullah nya bila berusaha, Insyaallah berjaya. 

Jadi walau apa pun yang anda sedang lakukan sekarang ini, ketahuilah asal sahaja kalian berusaha, Insyaallah akan berjaya. Berdoa dan bertawakkal juga kepada Allah supaya urusan lebih dipermudahkan, Insyaallah :).

_________________________________________________________________________________

Telekung Empire menampilkan koleksi telekung yang selesa dan cantik untuk beribadah. Menggunakan kain jersi putih nila berkualiti tinggi, Telekung Empire membawakan konsep telekung yang tebal dan tidak jarang, dan dihiasi dengan renda berwarna yang menarik.

Koleksi telekung di Telekung Empire juga direka khas dengan 'face fitting design', yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung, dijahit dua lapis sehingga ke bahagian dada dan menutupi bahagian dagu.


Untuk mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.

Koleksi Telekung Mawaddah di SINI

Thursday, March 22, 2018

Cukup Bersyukurkah Kita?


Dalam sehari-harian, terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri.

  • Dapat bernafas tanpa henti, besryukur.
  • Dapat berjalan tanpa tongkat, bersyukur.
  • Dapat hantar anak ke sekolah, besrsyukur.
  • Dapat pasangan hidup yang baik, bersyukur.
  • Dapat kenalan yang sentiasa memberikan sokongan, bersyukur.
  • Dapat makan dan minum setiap hari, bersyukur.
  • Dapat menimba ilmu, bersyukur.
  • Ada pekerjaan, bersyukur.
  • Ada duit simpanan, bersyukur.
  • Ada rumah sebagai tempat perlindungan, bersyukur.
  • Ada kenderaan untuk memudahkan pergerakan, bersyukur.
  • Ada peluang untuk melancong, bersyukur.
  • Ada organ badan yang sihat, bersyukur.
  • Ada otak yang masih berfungsi untuk berfikir, bersyukur.

Allahu. Terlalu sedikit yang dapat ditulis. Nikmat Allah terlalu banyak. Andai kata seluruh lautan digunakan untuk menulis nikmat Allah nescaya air laut itu habis dahulu sebelum semua nikmat Allah dapat ditulis. Dan andai kata ditambah selautan lagi untuk menulis nikmat Allah, maka nescaya tidak akan habis juga nikmat Allah yang dapat ditulis.

Pun begitu, sejauh mana tahap kesyukuran kita?


Cukup bersyukurkah kita apabila solat dilengah-lengahkan?
Cukup bersyukurkah kita apabila liat untuk memberi sedeqah?
Cukup bersyukurkah kita apabila Al Quran pun tidak dibaca?

Tidak perlu menuding jari atau memandang kepada orang lain. Lihat sahaja kepada diri sendiri. Cukup bersyukurkah kita?


_________________________________________________________________________________


Telekung Empire menampilkan koleksi telekung yang selesa dan cantik untuk beribadah. Menggunakan kain jersi putih nila berkualiti tinggi, Telekung Empire membawakan konsep telekung yang tebal dan tidak jarang, dan dihiasi dengan renda berwarna yang menarik.

Koleksi telekung di Telekung Empire juga direka khas dengan 'face fitting design', yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung, dijahit dua lapis sehingga ke bahagian dada dan menutupi bahagian dagu.


Untuk mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.

Koleksi Telekung Mawaddah di SINI

Saturday, March 3, 2018

10 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang Koleksi Telekung Dari Telekung Empire


Telekung dan solat merupakan perkara yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Hampir semua rakyat Malaysia yang solat akan menggunakan telekung. Tidak sama keadaannya dengan masyarakat Arab Saudi. Rata-rata mereka hanya menggunakan pakaian harian yang dipakai untuk solat.

Di Malaysia ini, banyak kedai yang menjual telekung termasuklah Telekung Empire sendiri. Penjualan telekung dari Telekung Empire berkonsepkan jualan dalam talian (online) sepenuhnya.

Untuk entri kali ini, kami akan menceritakan 10 perkara yang anda WAJIB tahu tentang telekung dari Telekung Empire (TE).



1. Telekung kami dihasilkan daripada kain high quality jersi yang menjadikan telekung kami tidak jarang dan tidak melekap di badan.

2. Untuk telekung yang berwarna putih, ianya berwana putih nila.

3. Telekung kami dijahit dengan konsep 'face fitting design'. Ini bermakna, apabila anda sarung sahaja telekung kami, akan terus melekap di bahagian mukanya.

4. Dijahit dua lapis dari bahagian kepala sehingga ke bahagian dada.

5. Tidak memerlukan pemakaian anak tudung.

6. Telekung kami labuh, boleh dipakai sehingga mereka yang berketinggian 170 cm.

7. Labuh telekung ialah 32 inch dari bahagian dagu ke renda, dan labuh kain ialah 56 inch.

8. Kain bergetah.

9. Telekung yang menutupi dagu.

10. Sangat selesa digunakan untuk beribadah.


Itulah dia 10 perkara yang WAJIB anda tahu tentang koleksi telekung dari Telekung Empire.

Alhamdulillah sehingga kini kami sudah menual ribuan telekung dan telah mendapat feedback yang sangat baik daripada mereka yang telah menggunakannya. :)


Sekiranya anda ingin mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.


Tuesday, February 27, 2018

KISAH RM 1

Pada suatu hari, seorang pelajar yang sudah pun menamatkan pengajian datang bertemu dengan Professor yang mengajarnya dan berkata, " Prof, boleh berikan saya nasihat untuk saya hidup dengan baik?"

Professor itu lalu mengeluarkan duit RM 1 dan menulis nama pelajar tersebut di atas wang kertas itu dan berkata, " Gunakan duit ini dan hiduplah seperti biasa. Suatu hari nanti, sekiranya duit ini dapat semula kepada kamu, kamu hubungi saya."


Pelajar tersebut agak pelik dengan nasihat yang diberikan itu, namun tidak membantah dan membuat seperti yang disuruh. Dia menggunakan duit yang diberikan tadi, dan menjalani kehidupan sehari harian seperti biasa.

Selepas 7 tahun... 

Pasa suatu hari, pelajar ini menaiki teksi dari tempat kerja nya untuk balik ke rumah. Setibanya di destinasi, pelajar tersebut membayar tambang yang diminta oleh pemandu teksi, dan mendapat pulangan bakinya RM 3 dengan 3 keping RM 1.

Pelajar tersebut sangat terkejut kerana salah satu wang RM 1 yang diterima, mempunyai namanya di atas not kertas yang diberikan tadi. Teringat pelajar tersebut kepada kata-kata Professornya yang meminta dia menghubungi Professor itu semula selepas mendapat kembali wang RM 1 itu kepada dirinya.

Pelajar itu pun menghubungi professornya dan menyatakan bahawa wang RM 1 itu telah kembali kepadanya dan bertanya apakah maksud kepada kejadian yang berlaku itu?

Kata Professor, "Wang kertas yang kamu berikan atau gunakan itu ialah simbolik kepada kebaikan atau kejahatan yang kamu lakukan. Sekiranya kamu melakukan kebaikan, maka kebaikan juga yang akan datang semula kepada kamu. Sekiranya kamu melakukan kejahatan, maka kejahatan juga yang akan datang kepada kamu. Hidup ini adil dan ada sunnahtullah nya. Maka hiduplah dalam memberi kebaikan kepada orang lain, dan jauhilah perbuatan yang tidak baik, mungkar, dan khianat".

Hati pelajar tersebut berasa sangat terkesan dengan nasihat itu dan berazam untuk menjadi seorang yang menyampaikan dan memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekelilingnya.

“Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam amal kebaikan(kebajikan), dimana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya, sungguh Allah maha kuasa akan segala sesuatu..”  (al-Baqarah : 148).


 _______________________________________________


Telekung Empire menampilkan koleksi telekung yang selesa dan cantik untuk beribadah. Menggunakan kain jersi putih nila berkualiti tinggi, Telekung Empire membawakan konsep telekung yang tebal dan tidak jarang, dan dihiasi dengan renda berwarna yang menarik.

Koleksi telekung di Telekung Empire juga direka khas dengan 'face fitting design', yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung, dijahit dua lapis sehingga ke bahagian dada dan menutupi bahagian dagu.


Untuk mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.

Wednesday, February 1, 2017

MAGIC

MAGIC!!

Kalau sis2 nak tahu kain jersi ni ada magic. Magic kat mana? Haaa..magicnya bila kita basuh berkali-kali kain tak cepat koyak dan jadi lebih lembut.

Betul sis.

Telekung saya sendiri dah berusia mencecah 8 tahun tapi masih utuh, tak koyak, warna tak kusam. Saya basuh pakai mesin saja 

Alhamdulillah. Ini pun salah satu pelaburan yang menjimatkan juga. Sekali beli boleh pakai bertahun-tahun. Rasa sedap dan selesa ketika solat maintain saja saban tahun.

TERBAIK daripada kami, untuk anda yang TERISTIMEWA
😍 


Untuk order dan pertanyaan lanjut boleh lawat ke FB Page https://www.facebook.com/telekungempire/ 

atau wasap 019-5704541/010-4031216








Untuk 😍




Monday, August 8, 2016

BERBAKTILAH KEPADA KEDUA IBU BAPAMU..



Assalamualaikum w.b.t
 
ZAMAN sekarang, semua barang mahal. Minyak mahal, kereta pun mahal, sewa rumah mahal, makanan pun mahal. Kos sara hidup zaman sekarang berbeza dengan zaman dahulu. Meskipun terhimpit dengan bebanan hidup masih ramai yang lupa, alpa bahawa rezeki itu datangnya dari ALLAH.
 
Sesukar mana pun kehidupan, DIA berkuasa mengubah segalanya hanya dalam sekelip mata.
Antara amalan yang boleh membuatkan Allah membuka pintu rezeki kita seluas-luasnya ialah BERBUAT BAIK DAN MENDOAKAN KEPADA IBUBAPA.

Bertuahlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa dan masih tidak terlambat untuk kita berbakti kepada mereka. Disini, dikongsikan tips berbakti kepada ibu bapa kita yang kita boleh amalkan dan semoga REZEKI ALLAH yang MAHA LUAS berada dalam genggaman kita dengan asbab berbakti kepada ibu bapa kita.


#1 – Memberi Kasih Sayang

Sebagaimana ibu bapa kita pernah melimpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh, begitulah cara ekspresi kasih kita kepada mereka. Kita boleh merajinkan diri untuk berbual-berbual dan menghiburkan hati ibu bapa.


#2 – Memberi Perhatian

Contoh yang dapat kita lakukan dalam memberi perhatian terhadap ibu bapa adalah sentiasa meluangkan masa untuk bersama mereka dengan aktiviti bekeluarga. Sekecil-kecil perkara yang dapat dilakukan sekiranya seorang anak berada jauh daripada ibu bapa adalah dengan menghubungi mereka untuk bertanya khabar.

#3 – Memenuhi Hajat

Memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas lain

  

#4 – Melakukan Yang Mereka Gemari

Selagi mana arahan daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan syariat Islam, seharusnya kita melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Jika kita melakukan yang sebaliknya, ini seperti menderhaka. Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya malah disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat

 

#5 – Bertutur Dengan Lemah Lembut

Tentu saja ibu bapa akan senang hati terhadap respon yang diberikan kepada setiap pertuturan lemah lembut anak-anak, lantas komunikasi yang harmoni dan berkesan dapat dihasilkan.



#6 – Mendoakan Kebaikan Untuk Ibu Bapa

Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk sentiasa mendoakan kebaikan ibu bapa kita. Malah amalan mendoakan mereka tidak habis untuk dunia sahaja, tetapi akhirat mereka juga

 

#7 – Menghulurkan Bantuan Kewangan

Sebagai anak yang punya kudrat yang lebih kuat berbanding ibu bapa, seeloknya hasil daripada usaha pendapatan kita dihulurkan kepada ibu bapa semampunya. Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mampu lagi membanting tulang bagi meraih pendapatan lagi atas faktor lanjut usia. Lagi pula seusia mereka seharusnya tidak lagi terbeban dengan kerja-kerja berat tetapi bersenang lenang dan menikmati ibadat.
Mungkin 20, 30 atau 40 peratus pendapatan kita dapat dikongsikan bersama mereka mengikut kemampuan. Hal ini kerana dengan izin Allah rezeki kita akan bertambah berkat bilamana ibu bapa mendoakan kembali kebaikan buat kita.


 


……………………………………………..

TELEKUNG JERSEY??

Tentunya kita agak skeptikal jika menggunakan kain jersey sebagai Telekung solat. Otak kita akan membayangkan kepanasan ketika memakainya dan ketidakselesaan yang kita akan dapat ketika menghadap Ilahi. 

Alhamdulillah para pelanggan yang telah memakainya menunjukkan reaksi yang amat positif . Tiada lagi kerisauan untuk memakai kain material Jersey. Ini antara testimoni pelanggan kami :

.
Testimoni #1

“ Suka sgt telekung ni, terletak je kat muka,kain xjarang..suka sgt material dia “


Testimoni#2
.
“ Balik kerja terus bg kat Mak dan dia terus try.Dia cakap kain tu sedap dan sejuk. Cantik pulak tu. Alhamdulillah lega bila mak suka telekung tu”



Testimoni #3

“ Barang dah sampai, excited sgat..suka kain dia..berbaloi beli..lembut dan xjarang.terima kasih”


Anda boleh melihat koleksi telekung daripada Telekung Empire di sini:

https://www.facebook.com/telekungempire/

Sebarang pertanyaan atau tujuan pembelian, boleh hubungi:

010-4031219 atau 019-5704541.

'TERBAIK DARIPADA KAMI BUAT ANDA YANG TERISTIMEWA