Pages

Friday, March 30, 2018

Sunnatullah

Dalam hidup ini ada sunnatullah. Tahu tak apakah dia itu sunnatullah? Bahasa ringkasnya ialah aturan Allah. Semua dalam dunia ini Allah jadikan ada sunnatullah nya. 

Contoh:

1. Air mendidih pada suhu 100 darjah Celcius.


2. Manusia bernafas dengan oksigen, dan menghembuskan karbon dioksida.

3. Rasa garam itu masin, rasa gula itu manis.

4. Matahari terbit di timur dan tenggelam di barat.


Itu hanyalah sebahagian kecil daripada contoh sunnatullah. Semua benda dalam dunia ini ada aturannya.

Kenapa hidup ini perlu ada sunnatullah? Supaya semuanya berlaku dalam keadaan yang sistematik dan tidak kelam kabut.

Cuba bayangkan sekiranya hidup ini tiada aturan? Tiada sunnatullah?

Hendak masak pun susah. Sekejap garam rasa manis, sekejap garam rasa masin. Nanti dah letak garam untuk masinkan kuah, tiba-tiba jadi manis pula. Sebab itu kena ada sunnatullah. Rasa garam itu masin. Supaya nak masak pun senang. Kalau kuah tawar, cukupkan perasa dengan garam.

Nak tunggu air mendidih pun tak tahu bila. Hari ni 100 darjah C air sudah mendidih, esok 0 darjah C baru air mendidih. Jadi macam mana tu? Bila air akan mendidih sebenarnya?

Sebab itu hidup ini perlu ada sunnatullah. Supaya semuanya berlaku dalam keadaan teratur dan tidak kelam kabut.

Begitulah juga sekiranya ingin berjaya. Sunnatullah nya bila berusaha, Insyaallah berjaya. 

Jadi walau apa pun yang anda sedang lakukan sekarang ini, ketahuilah asal sahaja kalian berusaha, Insyaallah akan berjaya. Berdoa dan bertawakkal juga kepada Allah supaya urusan lebih dipermudahkan, Insyaallah :).

_________________________________________________________________________________

Telekung Empire menampilkan koleksi telekung yang selesa dan cantik untuk beribadah. Menggunakan kain jersi putih nila berkualiti tinggi, Telekung Empire membawakan konsep telekung yang tebal dan tidak jarang, dan dihiasi dengan renda berwarna yang menarik.

Koleksi telekung di Telekung Empire juga direka khas dengan 'face fitting design', yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung, dijahit dua lapis sehingga ke bahagian dada dan menutupi bahagian dagu.


Untuk mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.

Koleksi Telekung Mawaddah di SINI

No comments:

Post a Comment