Pages

Tuesday, February 27, 2018

KISAH RM 1

Pada suatu hari, seorang pelajar yang sudah pun menamatkan pengajian datang bertemu dengan Professor yang mengajarnya dan berkata, " Prof, boleh berikan saya nasihat untuk saya hidup dengan baik?"

Professor itu lalu mengeluarkan duit RM 1 dan menulis nama pelajar tersebut di atas wang kertas itu dan berkata, " Gunakan duit ini dan hiduplah seperti biasa. Suatu hari nanti, sekiranya duit ini dapat semula kepada kamu, kamu hubungi saya."


Pelajar tersebut agak pelik dengan nasihat yang diberikan itu, namun tidak membantah dan membuat seperti yang disuruh. Dia menggunakan duit yang diberikan tadi, dan menjalani kehidupan sehari harian seperti biasa.

Selepas 7 tahun... 

Pasa suatu hari, pelajar ini menaiki teksi dari tempat kerja nya untuk balik ke rumah. Setibanya di destinasi, pelajar tersebut membayar tambang yang diminta oleh pemandu teksi, dan mendapat pulangan bakinya RM 3 dengan 3 keping RM 1.

Pelajar tersebut sangat terkejut kerana salah satu wang RM 1 yang diterima, mempunyai namanya di atas not kertas yang diberikan tadi. Teringat pelajar tersebut kepada kata-kata Professornya yang meminta dia menghubungi Professor itu semula selepas mendapat kembali wang RM 1 itu kepada dirinya.

Pelajar itu pun menghubungi professornya dan menyatakan bahawa wang RM 1 itu telah kembali kepadanya dan bertanya apakah maksud kepada kejadian yang berlaku itu?

Kata Professor, "Wang kertas yang kamu berikan atau gunakan itu ialah simbolik kepada kebaikan atau kejahatan yang kamu lakukan. Sekiranya kamu melakukan kebaikan, maka kebaikan juga yang akan datang semula kepada kamu. Sekiranya kamu melakukan kejahatan, maka kejahatan juga yang akan datang kepada kamu. Hidup ini adil dan ada sunnahtullah nya. Maka hiduplah dalam memberi kebaikan kepada orang lain, dan jauhilah perbuatan yang tidak baik, mungkar, dan khianat".

Hati pelajar tersebut berasa sangat terkesan dengan nasihat itu dan berazam untuk menjadi seorang yang menyampaikan dan memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan orang sekelilingnya.

“Dan setiap umat mempunyai kiblat yang dia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam amal kebaikan(kebajikan), dimana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu semuanya, sungguh Allah maha kuasa akan segala sesuatu..”  (al-Baqarah : 148).


 _______________________________________________


Telekung Empire menampilkan koleksi telekung yang selesa dan cantik untuk beribadah. Menggunakan kain jersi putih nila berkualiti tinggi, Telekung Empire membawakan konsep telekung yang tebal dan tidak jarang, dan dihiasi dengan renda berwarna yang menarik.

Koleksi telekung di Telekung Empire juga direka khas dengan 'face fitting design', yang tidak memerlukan pemakaian anak tudung, dijahit dua lapis sehingga ke bahagian dada dan menutupi bahagian dagu.


Untuk mendapatkan koleksi telekung dari Telekung Empire, boleh hubungi kami di 010-4031219 atau 019-5704541.

Boleh juga layari Facebook Telekung Empire untuk mendapatkan update telekung dari masa ke semasa.