Pages

Wednesday, December 30, 2015

BERSEDIAKAH KITA?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Pada Sabtu lepas (26/12/2015) selain daripada menghantar telekung kepada agent borong kami dan makan di FIZOMAWAR Kitchen (boleh tengok review di previous post), kami sempat solat Maghrib di Masjid Hasanah, Bangi. Saya memang sangat suka solat di sini. Sangat selesa, dan rasa masjid ni sangat mesra kanak2 sebab ada playground. So ibu bapa yang ada anak-anak kecik, boleh gilir-gilir solat sambil memerhatikan anak bermain di playground. Tidaklah mereka berlari merata di dalam masjid.

Sambil berjalan ke bilik wudhu' dan ke dewan solat itu, terdengar isi kandungan kuliah Maghrib, Kuliah malam itu berkenaan sakaratulmaut. Satu phrase yang saya rasa sangat terkesan ialah bila Ustaz tu cakap ' Allah sangat mencintai untuk bertemu dengan mereka yang mencintaiNya'. Lebih kurang begitu ayatnya. Ayat ini sangat terkesan dalam hati saya. Siapa-siapa yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin, cuba anda bayangkan atau ingat semula bagaimana persiapan untuk mengadakan majlisa perkahwinan. Dengan baju pengantinnya, dengan makanan yang sedap-sedap untuk jamu orang makan, sibuk dengan memasang khemah, buat hantaran, menagatur meja dan kerusi, dan sebagainya. Terlalu banyak persiapan yang kita lakukan untuk mengadakan majilis perkahwinan. Namun apa pula persediaan dan persiapan kita untuk menemui Allah? Adakah amalan dan perbuatan kita sekarang menunjukkan yang kita bersedia untuk bertemu Allah? Apakah kita benar-benar mencintai Allah? 

Ada satu kisah yang diceritakan oleh Ustaz. Pada zaman Rasulullah, ketika persiapan untuk ke medan perang, ada seorang sahabat Rasulullah yang berkaki pendek, dan sekaligus menyebabkan beliau tidak layak untuk turut serta dalam peperangan. Disebabkan tidak diizinkan untuk turut serta dalam peperangan, dia pun balik ke rumah. Ketika peperangan berlangsung dia terdengar seorang demi seorang sahabat gugur syahid. Hatinya sungguh sedih kerana tidak dapat turut serta dalam peperangan dan tidak ada peluang untuk syahid. Kemudian, dia berjumpa Rasulullah sekali lagi. Katanya kepada Rasulullah, 'Rasulullah, aku tidak minta dilahirkana begini. Ibuku juga tidak pernah minta aku dilahirkan begini. Tak kan lah disebabkan kecacatanku ini aku tidak boleh ke medan perang?' Rasulullah menangis mendengar kata-kata sahabatnya itu.

Lihatlah rakan-rakan. Itulah cinta seorang hamba kepada Allah. Tidak sabar-sabar untuk bertemu Allah. Sepenuh hati berusaha untuk memperjuangkan agama Allah. Bagaimana kita?

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan semoga kita diberi kekuatan dan istiqamah dalam beramal.



..............................

Beribadah dengan selesa dengan telekung daripada Telekung Empire ;)



Love,
Syuhaidah R.

Sunday, December 27, 2015

REVIEW on FIZOMAWAR KITCHEN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Sabtu lepas (28/12/2015), selepas selesai hantar telekung kepada salah seorang agent borong kami, kami dinner di FIZOMAWAR Kitchen. Bila sampai di situ rasa macam nak patah balik sebab nampak orang beratur. Tapi Alhamdulillah, kami sampai je di depan Restorannya, orang yang beratur tadi semua dah dapat meja, dan kebetulan pula ada satu lagi family yang dah habis makan, jadi kami pun dapatlah masuk ;)

Bila tengok menu tu rasa macam quite disappointed sebab banyak menu yang tiada lagi. Nak order air panas pun ada dua choice je iaitu air teh tarik dengan teh tarik hijau ;P. Tapi dah alang2 dah sampai kan, jadi kami pun order je la menu yang ada. Saya order roti stereng dengan air teh tarik, husband order nasi kukus dengan air koko coklat. Makanan Alhamdulillah, sedap ;)

Apa yang uniknya FIZO MAWAR Kitchen ni?

1. Kebanyakan menu dalam bahasa Thailand. Memang tak faham la kan. So kena tanya waiter tu maksud nama-nama makanan tu. Hehe
2. Kat sana, air sejuk yang diorder tidak pakai gelas. Terus bungkus dalam plastik. Bungkusannya pun besar. So kalau tak habis, boleh terus bawa balik
3. Ada Fizo Omar. eh. Hehe

Siapa tak try lagi boleh la try. Ada tanya kat waiter tu menu yang lain bila akan ada. Dia kata most probably bulan Januari 2016. So kalau dtg dalam masa terdekat ni menunya tak lengkap lagi.

............................

Selain Telekung, kami ada jual sejdah juga. Yang di bawah ni contoh. Buat masa ni kami tiada ready stock. Kalau mahu, boleh order. Dah ada ready stock nanti kami announce ye ;)



FB: https://www.facebook.com/telekungempire/?ref=hl
Contact: 010-403 1219 / 019-570 4541

LOVE,
Syuhaidah R.

Wednesday, December 23, 2015

MAULIDUR RASUL

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Rasulullah, seorang yang cekal dan tabah dalam menyampaikan Risalah Islam. Memegang amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sepenuh hati. Bayangkan lah sekiranya Islam tidak tersebar secara meluas, khususnya tidak sampai kepada kita. Pastinya kita masih melakukan perkara-perkara jahiliyyah seperti menyembah berhala, membunuh bayi perempuan, kedudukan perempuan dalam masyarakat yang dipandang rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka, dan pelbagai lagi. Bersyukurlah kita yang diberi peluang untuk merasa nikmat Iman dan Islam ini ;)

Semoga Maulidur Rasul pada kali ini akan mengingatkan dan 'refresh' semula ingatan kita terhdapasegala pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah, dan bagaimana sayangnya Baginda kepada umatnya sehinggakan sebelum mati masih lagi menyebut 'Ummati'.

WE LOVE RASULULLAH 
              ............................................................................................................................


TELEKUNG EMPIRE dalam proses untuk restock telekung kanak-kanak. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh place order in advance atau boleh lakukan pembelian selepas semuanya siap. Nantikan pengumuman daripada kami ya ;)

Sebarang pertanyaan atau hendak buat pembelian boleh hubungi:
010-403 1219 / 019-570 4541


Lots of love,
Syuhaidah R. 




Sunday, December 20, 2015

CUTI SEKOLAH = MUSIM KAHWIN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua ;)

Seperti tahun-tahun sebelum ini, asalkan cuti sekolah je WAJIB ada musim kahwin. Katanya mudah hendak buat time cuti sekolah. Sdara mara dan sahabat handai ramai yang boleh datang untuk tolong-menolong dan memeriahkan suasana ;)

Team Telekung Empire juga tidak putus-putus menerima undangan jemputan kahwin daripada saudara mara dan sahabat. Tiap-tiap minggu biasanya sibuk plan nak pergi yang mana dulu disebabkan dalam satu hari tu ada beberapa jemputan. Kepada jemputan yang tidak sempat kami hadiri itu, kami mohon jutaan maaf. Doa kami untuk semua yang telah mendirikan rumah tangga, moga ikatan perkahwinan yang kalian bina akan kekal hingga ke syurga.

Bagi team Telekung Empire yang sudah mendirikan rumah tangga untuk beberapa tahun, kami ingin berkongsi sedikit tip rumah tangga. Tips ini juga kami belajar dari mereka yang lebih berpengalaman. Insyaallah dengan mengamalkan 5 tips ini, perkahwinan yang dibina mampu untuk bertahan ;)

1. Bersabar
2. Betolak-ansur
3. Kerjasama
4. Kemaafan
5. Doa

Rasanya setelah beberapa tahun menjalani kehidupan dalam alam rumah tangga, boleh dikatakan hari-hari tips di atas itu akan digunakan ;)

Itu sahaja untuk kali ini. Akhir kata dari kami, Selamat menempuah alam perkahwinan kepada mereka yang baru memulakannya. Tahniah daripada kami ;)

                                                  --------------------------------------------

Pssssstttttt: Nak cari telekung untuk hantaran? Meh tengok koleksi telekung cantik-cantik di TELEKUNG EMPIRE. Dekat blog di ada koleksi telekung, dekat FB pun ada ;)
Jom tgk2 ;)

FB: https://www.facebook.com/telekungempire/
WA: 010-403 1219/019-570 4541

Sincerely,
Syu

Friday, December 18, 2015

CONFERENCE DI SABAH - PART 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Untuk previous post saya ada bercerita yang saya akan ke Sabah kan. So post untuk kali ni saya nak share sikit experience di sana ;)

Kami bertolak dari rumah pada pukul 4.45 am. Naik bas dari TBS ke KLIA2 pada pukul 5.30 am, fly ke Sabah dalam pukul 9.25 am, dan Alhamdulillah selamat mendarat pada 12.05 pm.

Di airport - My sister, brother, and son
Di Sabah, kami menyewa kereta Alza dan stay di Cyber City 2. Alhamdulillah condition kereta dan homestay sangat baik. Sebelum bertolak lagi kami dah plan hendak ada homestay yg complete dengan stove, cooking utensils, washing machine, and peti sejuk, Kami memang dah plan nak beli seafood di sana dan masak di homestay sebab dgr2 nya harga seafood di Sabah murah.

Jadi ptgnya, kami pun pergi ke Pasar Filipina. Sempat beli kuih cincin yang dikirim shabat, dan beli beberapa bungkus lagi untuk rakan2 dan saudara mara. Kemudian meneruskan misi mencari seafood. And YES. Harga untuk seafood murah separuh daripada harga yang saya biasa beli di kedai di Kajang ni. EXCITED?? Ofcourse ;). So kami borong ketam, udang, dan sotong, bawa balik homestay untuk masak. Malam pula kami makan ikan bakar di Dataran Todak. Alhamdulillah, OK la juga. Tapi saya rasa Tg Lumpur sedap lagi. Hehehe. Depends la kan citarasa masing-masing ;)

The next day, Khamis, kami ke Kundasang. BEST sgt sebab sejuk. Di Kundasang, kami ke Desa Cattle Dairy Farm. RM 5.00 per person. Anak saya yang lelaki, Mukhlis, suka sangat tengok lembu. Macam lah kat Selangor ni tiada lembu. Hehehe. Tapi bila pergi dekat menjerit pula. Haha. Di bawah ni antara gambar2 di Desa Cattle Dairy Farm tu

With my son and daughter

Mukhlis bagi kambing makan rumput

Kambing dah kenyang makan, dapat minum susu pula

Ingatkan berani sangat. Penakut juga Mukhlis ni. Hehe

And then after that kami ke Tagal Luanti. Dalam sejam dari Kundasang. Kat sini kami ke 'Fish Spa'. Inilah 'Fish Spa' nya.
Banyak sangat ikan yang datang kat kakai bila masuk dalam air tu. Tapi tak nampak pula dalam gambar ni ;(

Esoknya pula iaitu hari Jumaat, pagi my family tak ke mana-mana sebab saya kena attend conference. Saya present paper pagi, pukul 10.30 am tapi saya minta tolong husband ambil dari conference lepas solat Jumaat. Sebabnya nak juga tengok participant yang lain present paper kan. Emmmm....Tapi sebab utamanya nak lunch kat hotel dulu (bagi chance la kan skali skala). Hehe. Owh, btw, tempat conference saya ialah di Sutera Harbour. Nice place I can say ;). Sementara saya tunggu nak lunch di
hotel, Emak sy dah siap buat ketam sweet sour and udang goreng bawang di homestay. Yummmy. So kat hotel makan segala jenis lauk pauk and dessert je. Tak mkn nasi. Sebab nak simpan ruang untuk makan masakan Emak pula ;)

Nyum nyum

Sabtu. Hari kami akan bertolak balik. Quite sad untuk meninggalkan bumi Sabah ;(
Sebelum balik singgah dulu Pasar Filipina skali lagi, then ke Suria Sabah. Dalam pukul 5.00 pm kami dah berada di airport untuk pulang ke KL. Flight sepatutnya pukul 8.25 pm. Nak dijadikan cerita flight delayed, 12.40 am baru naik. Apa-apa pun sangat bersyukur sebab selamat sampai. Alhamdulillah ;)


Selingan sikit ~

Biasanya kalau keluar sekejap2 memang tidak bawa telekung kan. Guna je telekung yang disediakan di surau-surau. Ataupun solat sahaja dengan baju yang dipakai. Tapi kalau pergi jauh, kena bermalam, lebih baik bawa telekung. Mudah untuk solat ;) Telekung-telekung dari Telekung Empire ni sangat sesuai la untuk dibawa travel.  Mudah hendak pakai. Sarung je. Tak perlu nak cari-cari anak tudung lagi. Di bahagian mukanya pun dah sedap-sedap dah. Materialnya daripada kain jersi yang best. Lining pun dah sampai ke dada. So boleh solat dengan selesa :)

Gambar ni dari koleksi Telekung Mawaddah. Lace warna gold. RM 130.00 sahaja (excluding postage)



FB: https://www.facebook.com/telekungempire/?ref=hl
WA: 010-4031219/019-5704541


Sedikit Tip~
Kalau hendak tahu pakaian itu cukup sempurna menutup aurat atau tidak, anda tidak akan rasa ragu-ragu untuk solat dengan pakaian yang dipakai. Kiranya kalau di surau tu tiada telekung pun, boleh je terus solat dengan pakaian kita tu.


-----TAMAT----

With LOVE,
Syuhaidah


Tuesday, December 8, 2015

CONFERENCE DI SABAH DAN PILIHAN KAIN


Assalamualaikum. Insyaallah esok pagi (5.30am), 9hb Disember 2015, saya akan terbang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menghadiri International Conference on Chemical and Bioprocess Engineering. Disebabkan ini pertama kali saya ke Sabah, jadi saya bawa semua keluarga saya ke sana sekali. Nak plan lain kali tak tahu bila. Jadi dah alang2 saya ke sana untuk urusan kerja, jadi bawalah sekali keluarga bersama.

Sebelum berangkat esok pagi, Alhamdulillah sempat settle kan beberapa urusan Telekung Empire (TE). Jumpa tailor TE tadi untuk bagi list of orders daripada our beloved customers dan untuk bagi barang2 lain yang diperlukan. Dan sempat juga hantar telekung customer di kajang ;) Kepada sesiapa yang nak order Telekung, sangat dialu alukan. Kalau ada yang ready stock, kita bagi yang ready stock. Kalau nak custom made sendiri telekung ikut warna kesukaan pun boleh. Kami ada pelbagai pilihan warna kain selain daripada kain putih. 



1. Black
2. Light purple
3. Pink
4. Dark blue
5. Dark purple
6. Green
7. Grey


So daripada warna2 kain di atas, boleh la mix and match dengan warna2 lace kesukaan anda. Kami ada 14 pilihan warna lace. Byk tu..hehe ;)

Ok la. nanti kami update lagi dari masa ke semasa ye. Admin TE ada dua org. So, walaupun sy akan busy di conference nanti, akan ada sorang lagi yang akan entartain our beloved customers. Jadi jangan segan silu ye nak place order ;)

Doakan perjalanan yang selamat untuk kami sekeluarga ;)

Contact us:
010-403 1219/019-570 4541

Nak belanja satu gambar sikit ;)




Wasalam

Sincerely,
Syuhaidah