Pages

Friday, December 18, 2015

CONFERENCE DI SABAH - PART 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Untuk previous post saya ada bercerita yang saya akan ke Sabah kan. So post untuk kali ni saya nak share sikit experience di sana ;)

Kami bertolak dari rumah pada pukul 4.45 am. Naik bas dari TBS ke KLIA2 pada pukul 5.30 am, fly ke Sabah dalam pukul 9.25 am, dan Alhamdulillah selamat mendarat pada 12.05 pm.

Di airport - My sister, brother, and son
Di Sabah, kami menyewa kereta Alza dan stay di Cyber City 2. Alhamdulillah condition kereta dan homestay sangat baik. Sebelum bertolak lagi kami dah plan hendak ada homestay yg complete dengan stove, cooking utensils, washing machine, and peti sejuk, Kami memang dah plan nak beli seafood di sana dan masak di homestay sebab dgr2 nya harga seafood di Sabah murah.

Jadi ptgnya, kami pun pergi ke Pasar Filipina. Sempat beli kuih cincin yang dikirim shabat, dan beli beberapa bungkus lagi untuk rakan2 dan saudara mara. Kemudian meneruskan misi mencari seafood. And YES. Harga untuk seafood murah separuh daripada harga yang saya biasa beli di kedai di Kajang ni. EXCITED?? Ofcourse ;). So kami borong ketam, udang, dan sotong, bawa balik homestay untuk masak. Malam pula kami makan ikan bakar di Dataran Todak. Alhamdulillah, OK la juga. Tapi saya rasa Tg Lumpur sedap lagi. Hehehe. Depends la kan citarasa masing-masing ;)

The next day, Khamis, kami ke Kundasang. BEST sgt sebab sejuk. Di Kundasang, kami ke Desa Cattle Dairy Farm. RM 5.00 per person. Anak saya yang lelaki, Mukhlis, suka sangat tengok lembu. Macam lah kat Selangor ni tiada lembu. Hehehe. Tapi bila pergi dekat menjerit pula. Haha. Di bawah ni antara gambar2 di Desa Cattle Dairy Farm tu

With my son and daughter

Mukhlis bagi kambing makan rumput

Kambing dah kenyang makan, dapat minum susu pula

Ingatkan berani sangat. Penakut juga Mukhlis ni. Hehe

And then after that kami ke Tagal Luanti. Dalam sejam dari Kundasang. Kat sini kami ke 'Fish Spa'. Inilah 'Fish Spa' nya.
Banyak sangat ikan yang datang kat kakai bila masuk dalam air tu. Tapi tak nampak pula dalam gambar ni ;(

Esoknya pula iaitu hari Jumaat, pagi my family tak ke mana-mana sebab saya kena attend conference. Saya present paper pagi, pukul 10.30 am tapi saya minta tolong husband ambil dari conference lepas solat Jumaat. Sebabnya nak juga tengok participant yang lain present paper kan. Emmmm....Tapi sebab utamanya nak lunch kat hotel dulu (bagi chance la kan skali skala). Hehe. Owh, btw, tempat conference saya ialah di Sutera Harbour. Nice place I can say ;). Sementara saya tunggu nak lunch di
hotel, Emak sy dah siap buat ketam sweet sour and udang goreng bawang di homestay. Yummmy. So kat hotel makan segala jenis lauk pauk and dessert je. Tak mkn nasi. Sebab nak simpan ruang untuk makan masakan Emak pula ;)

Nyum nyum

Sabtu. Hari kami akan bertolak balik. Quite sad untuk meninggalkan bumi Sabah ;(
Sebelum balik singgah dulu Pasar Filipina skali lagi, then ke Suria Sabah. Dalam pukul 5.00 pm kami dah berada di airport untuk pulang ke KL. Flight sepatutnya pukul 8.25 pm. Nak dijadikan cerita flight delayed, 12.40 am baru naik. Apa-apa pun sangat bersyukur sebab selamat sampai. Alhamdulillah ;)


Selingan sikit ~

Biasanya kalau keluar sekejap2 memang tidak bawa telekung kan. Guna je telekung yang disediakan di surau-surau. Ataupun solat sahaja dengan baju yang dipakai. Tapi kalau pergi jauh, kena bermalam, lebih baik bawa telekung. Mudah untuk solat ;) Telekung-telekung dari Telekung Empire ni sangat sesuai la untuk dibawa travel.  Mudah hendak pakai. Sarung je. Tak perlu nak cari-cari anak tudung lagi. Di bahagian mukanya pun dah sedap-sedap dah. Materialnya daripada kain jersi yang best. Lining pun dah sampai ke dada. So boleh solat dengan selesa :)

Gambar ni dari koleksi Telekung Mawaddah. Lace warna gold. RM 130.00 sahaja (excluding postage)



FB: https://www.facebook.com/telekungempire/?ref=hl
WA: 010-4031219/019-5704541


Sedikit Tip~
Kalau hendak tahu pakaian itu cukup sempurna menutup aurat atau tidak, anda tidak akan rasa ragu-ragu untuk solat dengan pakaian yang dipakai. Kiranya kalau di surau tu tiada telekung pun, boleh je terus solat dengan pakaian kita tu.


-----TAMAT----

With LOVE,
Syuhaidah


No comments:

Post a Comment