Pages

Wednesday, December 30, 2015

BERSEDIAKAH KITA?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Pada Sabtu lepas (26/12/2015) selain daripada menghantar telekung kepada agent borong kami dan makan di FIZOMAWAR Kitchen (boleh tengok review di previous post), kami sempat solat Maghrib di Masjid Hasanah, Bangi. Saya memang sangat suka solat di sini. Sangat selesa, dan rasa masjid ni sangat mesra kanak2 sebab ada playground. So ibu bapa yang ada anak-anak kecik, boleh gilir-gilir solat sambil memerhatikan anak bermain di playground. Tidaklah mereka berlari merata di dalam masjid.

Sambil berjalan ke bilik wudhu' dan ke dewan solat itu, terdengar isi kandungan kuliah Maghrib, Kuliah malam itu berkenaan sakaratulmaut. Satu phrase yang saya rasa sangat terkesan ialah bila Ustaz tu cakap ' Allah sangat mencintai untuk bertemu dengan mereka yang mencintaiNya'. Lebih kurang begitu ayatnya. Ayat ini sangat terkesan dalam hati saya. Siapa-siapa yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin, cuba anda bayangkan atau ingat semula bagaimana persiapan untuk mengadakan majlisa perkahwinan. Dengan baju pengantinnya, dengan makanan yang sedap-sedap untuk jamu orang makan, sibuk dengan memasang khemah, buat hantaran, menagatur meja dan kerusi, dan sebagainya. Terlalu banyak persiapan yang kita lakukan untuk mengadakan majilis perkahwinan. Namun apa pula persediaan dan persiapan kita untuk menemui Allah? Adakah amalan dan perbuatan kita sekarang menunjukkan yang kita bersedia untuk bertemu Allah? Apakah kita benar-benar mencintai Allah? 

Ada satu kisah yang diceritakan oleh Ustaz. Pada zaman Rasulullah, ketika persiapan untuk ke medan perang, ada seorang sahabat Rasulullah yang berkaki pendek, dan sekaligus menyebabkan beliau tidak layak untuk turut serta dalam peperangan. Disebabkan tidak diizinkan untuk turut serta dalam peperangan, dia pun balik ke rumah. Ketika peperangan berlangsung dia terdengar seorang demi seorang sahabat gugur syahid. Hatinya sungguh sedih kerana tidak dapat turut serta dalam peperangan dan tidak ada peluang untuk syahid. Kemudian, dia berjumpa Rasulullah sekali lagi. Katanya kepada Rasulullah, 'Rasulullah, aku tidak minta dilahirkana begini. Ibuku juga tidak pernah minta aku dilahirkan begini. Tak kan lah disebabkan kecacatanku ini aku tidak boleh ke medan perang?' Rasulullah menangis mendengar kata-kata sahabatnya itu.

Lihatlah rakan-rakan. Itulah cinta seorang hamba kepada Allah. Tidak sabar-sabar untuk bertemu Allah. Sepenuh hati berusaha untuk memperjuangkan agama Allah. Bagaimana kita?

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan semoga kita diberi kekuatan dan istiqamah dalam beramal.



..............................

Beribadah dengan selesa dengan telekung daripada Telekung Empire ;)



Love,
Syuhaidah R.

No comments:

Post a Comment