Pages

Thursday, September 17, 2015

THE BEGINNING

Assalammualaikum

Salam Jumaat

Alhamdulillah 'ala kulli hal

Sejak tercetusnya idea untuk memperkenalkan telekung yang selesa buat para muslimah, sambutan sangat menggembirakan. Sudah setahun TELEKUNG EMPIRE beroperasi. Syukur, rezeki dari Yang Maha Esa.

Tapi..tapi..tapi..telekung keluaran Telekung Empire 100% adalah jersi. Omoooo...Jangan terkejut kak. Saya tahu kita sudah biasa dengan telekung cotton dan lycra tapi masih ramai yang belum mengenali telekung jersi. Jersi?? Baju jersi ker??

Jawapannya tidak sama sekali. Untuk pengetahuan semua, seperti mana cotton, lycra, chiffon dan sebagainya, jersi pun ada gred-grednya. Kebiasaannya, kain jersi yang diguna untuk membuat telekung adalah jersi bergred tinggi (tak ingat grednya..hehe). Jadi, kainnya lebih tebal dan sesuai untuk dijadikan telekung. Paling best, kain jenis ni memang tak melekat di badan dan tak jarang. Kalau yang berbadan berisi sikit memang terjagalah bentuk badannya.

One more thing, signature design kami (cewah macam signature dish restoran pulak...) adalah jahitan kemas yang muat dengan semua jenis saiz muka. Saya jenis tak suka nak pakai inner, anak tudung, skaf kat dalam sebelum sarung telekung. Dengan telekung ni, sarung aje macam pakai tudung awning tu. Tak perlu risau rambut-rambut gatal yang curi-curi keluar. Suka tak..suka tak..suka tak..

Memang selesa pakai InshaAllah. Thanks for the suggestions and good comments from our lovely customers and agents. Due to that, we are now improving the quality of our telekung from time to time. Tak naklah jual dapat untung sahaja, tapi nak kongsi dan hasilkan produk pakaian solat muslimah yang betul-betul menepati citarasa pengguna, selesa, mampu milik dan mematuhi syariah.

Doakan semoag niat kami ini akan diberkati dan usaha kami juga dipermudahkan. Keep supporting us OK!


Sincerely,
Ummi KH

P/S: Ala-ala surat plak..:))


Warna paling hot 



No comments:

Post a Comment