Pages

Sunday, September 20, 2015

GEMBIRA

Assalammualaikum.

Allahumma solli  a'la saiyyidina Muhammad.

......................................................................................

Beberapa minggu ni, team Telekung Empire memang sibuk cari kain, lace dan tukang jahit. Disebabkan permintaan yang bertambah, jadi kami ambil keputusan untuk tambah tukang jahit. Puas juga mencari bekalan kain dan lace yang dikehendaki dan berkualiti. Alhamdulillah, akhirnya berjumpa dengan pembekal yang sesuai. 

Tukang jahit pun susah juga nak dapat yang betul-betul memenuhi kriteria kami. Telekung ni kalau jahit biasa memang senang jer. Kat blog-blog pun ramai yang share cara nak buat telekung tapi tak semua sedap dipakai. Lebih-lebih lagi bahagian kepala telekung tu. Yang pandai jahit baju pun belum tentu boleh jahit telekung. Yang pandai jahit telekung lycra atau cotton, belum tentu boleh jahit telekung jersi. Ada juga tukang jahit yang cuba tiru sampel yang kami bagi tapi tak menjadi. Katanya susah walhal dia dah berpengalaman menjahit telekung.

Bak kata pepatah moden, "usaha itu eskalator kejayaan". Syukur sangat-sangat kami berjaya mendapatkan tukang jahit yang memang berpengalaman menjahit telekung jersi. Mulanya dia pun hadapi kesukaran juga nak mengikut design kami. Tapi, setelah gigih mencuba akhirnya berjaya siapkan beberapa pasang yang menepati piawaian kami.

Semalam, tukang jahit dah siapkan beberapa pasang telekung tapi belum sempat kami iklankan pada agen dan pelanggan, ada seorang hamba Allah ni terus borong 10 pasang ready stock telekung yang baru sangat-sangat kami ambil dari tukang jahit. Kebetulan dia datang ke rumah. Terus daftar jadi agen, nak berniaga juga katanya. Haruslah kami tambah lagi stock lepas Raya Haji ni. Syukur...syukur..dia pun pada asalnya memang pelanggan tetap kami. Benda baik dan elok jangan simpan sorang-sorang kan. Lagi baik kita war-warkan pada orang lain jugak.

Bekalan kain yang sudah dihantar pada tukang jahit semalam

Dalam hujan lebat semalam pun kami gigih menghantar bekalan kain pada tukang jahit. InshaAllah, selepas Raya Haji ni bolehlah tambah stock yang dah berkurang ni untuk agen dan pelanggan lain pulak. Selain telekung putih, telekung berwarna pun ada tau. Maklumlah, orang-orang sekarang dah ramai guna pakaian solat yang berwarna. Sah solat pakai telekung berwarna yer (ada jugak orang keliru dengan ni, boleh rujuk pada ustazah-ustazah yang berdekatan anda), tapi pastikan material telekung tu jenis yang tak melekat di badan. Lebih-lebih lagi kalau kita ni selalu pergi solat di masjid atau surau yer. Pakai telekung pun kena menutup aurat. Di Telekung Empire, kami amat menitik beratkan hal-hal seperti ini. 

Doakan kami terus istiqamah menghasilkan pakaian solat muslimah yang betul-betul menepati syariah. Terima kasih atas sokongan anda.

Sincerely,
Ummi KH

P/S: Salah seorang team TE (Telekung Empire) baru saja dapat baby beberapa hari lepas. Mudah-mudahan bertambah rezeki TE. Tahniah admin Syu!





No comments:

Post a Comment