Pages

Monday, January 11, 2016

KEBAHAGIAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak share sedikit berkenaan KEBAHAGIAAN. Semua individu, tidak kira umur, pangkat, darjat, pastinya ada definition yang tersendiri berkenaan kebahagiaan.

Bagi ibu bapa, kegembiraan mereka apabila dapat melihat anak-anak membesar dengan baik, menjadi insan yang memberi sumbangan yang baik kepada agama, bangsa, dan negara, apabila anak - anak menyayangi mereka sepertimana mereka menyayangi anak - anak mereka ;)

Kegembiraan seorang pelajar apabila mereka lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, jadi champion dlm sukan yang dipertandingkan, dapat mengharumkan nama sekolah, dan dapat membanggakan ibu bapa dengan pencapaian yang baik.

Bagi kaum lelaki, antara yang membuatkan mereka happy bila dapat tukar sport rim baru. Hehe. Kalau perempuan apa yang dapat buatkan mereka ni happy sangat? Bila mereka dapat shopping without looking at the price tag. Hihihi. Kalau part ni sy tak berani la. First thing yang dibelek bila jumpa sesuatu yang suka ialah price tag. :P Unless kalau masuk kedai 2 ringgit. Berani la sikit tak tengok price tag. ;)

Kabahagiaan ini boleh dicapai sekiranya dalam hati kita tiada hasad dengki, tiada perasaan sombong, penuh dengan rendah hati, dan senang melihat orang lain senang. Nasihat Imam Ghazali di bawah boleh dipraktikkan untuk mencapai kebahagiaan hati ;)

Apabila berjumpa KANAK-KANAK, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana kanak-kanak belum dibebani dengan dosa.

Apabila berhadapan dengan ORANG TUA pula,anggaplah mereka juga lebih mulia daripada kita
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

Apabila berjumpa ORANG ALIM, anggaplah dia lebih mulia
krn banyak ilmu di dadanya.

Jika melihat ORANG JAHIL, anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka berbuat dosa disebabkan mereka jahil 
sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

Apabila berjumpa ORANG JAHAT, jangan anggap kita mulia,
mungkin orang jahat tersebut akn bertaubat ketika masa tuanya
sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

Apabila bertemu dengan ORANG KAFIR, katakan
mereka belum tentu kafir selama-lamanya.

Professor Muhaya pun ada berkata,"Sentiasalah pandang manusia itu dengan kaca mata kasih sayang"

Bila kita sentiasa memandang orang dengan kaca mata kasih sayang, tiada hasad dengki yang akan datang, tiada perasaan benci akan bertamu, hanya sayang dan kebahagiaan yang akan bersatu ;)



.........................................

Perasaan happy itu juga akan datang bila kita dapat solat dengan selesa ;)
Insyaallah Telekung Empire menawarkan produk yang sangat mesra solat. Mudah dipakai dan menepati syarat-syarat menutup aurat Insyaallah.



FB : Telekung Empire


Whatsapp: 010-4031219 / 019-5704541


No comments:

Post a Comment